bila HATI mula berbicara...

hari mendung..






matahari kelihatan malu-malu untuk memunculkan dirinya.






awan hitam berarak laju dibawa oleh tiupan sang angin yang setia berada di setiap pelosok dunia ini..






menandakan bila-bila masa sahaja awan itu akan memuntahkan segala isi perutnya.






aku sedang duduk di kamarku ini.



hanya sekadar menghadap laptop kesayanganku sambil mengimbau kembali kenangan lama.










aku mula mengenali erti '*****' sejak aku berada di tingkatan 3. ketika itu, aku baru sahaja bertemu kembali dengan kawan lama aku..F**** namanya. bukanlah bertemu dua muka. tetapi sekadar di alam maya sahaja. memang susah dia nak bertemu dengan aku. kampung dia dipisahkan oleh jalan raya besar dengan kampungku.. lagi-lagi dia tak ada transport..
lama kami bersembang..pasal kenangan lama, perkembangan terbaru sekarang termasuklah perkara yang aku tak jangkakan dia akan beritahu padaku. dia meluahkan isi hatinya...



aduhh...malunya aku pada saat itu. nasib baiklah dia tak ada di depan aku ni..padanlah masa di sekolah dahulu, dia selalu menggangguku. waktu belajar pun, dia boleh-boleh baling kertas kat aku. sedangkan dia duduk di hadapan sekali. dan aku pula berada dua baris di belakangnya. ahh..kenangan lama.. kadang-kadang menyakitkan, kadan-kadang boleh mencuit hati kecil ini.


pada suatu hari, dia mengatakan bahawa ada seorang kawan yang ingin berkenalan denganku. pada mulanya aku tidak mahu. yelah, apa point nya dia nak kawan dengan aku pulak??
tetapi F berjaya memujukku jua akhirnya.




di situlah bermulanya perkenalan aku dan dia, M...










to be continued~




next episode : cinta tak direstui





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: